Kisah Dulu2 - Sekolah Menengah



Masa ni aku sekolah dekat Sekolah Menengah Ulu Kinta, sekarang ni dah tukar nama Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Time ni aku baru tingkatan 2, Masa ni tingkatan 2 sekolah petang, so kira senior la time tu. Bab kata org sekolah tu aku yang punya ha3. Kelas aku 2 cekap dan guru kelas aku Cikgu Zainuri ( apa khabarla cikgu aku tu sekarang?) Banyak kenangan time sekolah menengah ni, tambahan ngan geng2 karib aku cam odi, andy, aman, khairil, ijai dan ramai lagi..



Masa ni aku tingkatan 5, gambar ini masa aku jadi exco pengawas untuk sekolah aku. Aku start jadi pengawas masa tingkatan 1 dulu sampailah tingkatan 5. Pengalaman yang tak leh lupa ialah buat spotcheck kat pelajar2 sekolah. Aku harap geng2 aku yang bukan pengawas tu jgnle marah ye kalau kena tangkap time spotcheck masa tu ye. :) Walaupun camtu kita tetap berkawan baik selepas habis sekolah.

Kisah Dulu2 - Sekolah Rendah



Masa ni aku sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Tg. Rambutan. Tangkap gambar kelas nak letak dalam majalah sekolah (rasanya..). Time ni aku dah tahun 6. Banyak member2 sekarang ni tak mana pon pun aku tak tahu. Kalau buat reunion balik ni gempak agaknya.. he3



Kat sekolah rendah, aku join pancaragam sekolah jadi pemain drum. Kalau muzik ni, bab ketuk2 aku memang suka. Seronok main pancaragam ni, masa sukan sekolah je mesti ada perform punya. Kalau dikenang balik memang satu kenangan yang tak leh dilupakan..

Kisah Dulu2 - Tadika



Gambar ni masa aku tadika dulu kat tadika Tg. Rambutan, mana satu aku? Pandai2 la cari....




Masa ni aku masuk nasyid ngan member aku yang lain buat persembahan sempena hari ibubapa. LAgu apa yang nanyi pun aku dah lupa tapi yang penting dapat perform depan mak bapak aku. he3

Video Anakku di BBQ Sungai Tekala

BBQ Sungai Tekala
















Time ni aku ngan family aku join piknik BBQ kat Sungai Tekala ngan member ofis, ramai gak dalam 6 buah keta. Semua member ofis aku yang pegi bawa family masing2. Walaupun plan nak pi kul 8, tetapi sebab tekong jimmy datang lambat, kul 9.30 baru pegi(aku pun dtg kul 9, he3). Nasib baik la sampai sana ada port baik untuk lepak, sesuai ngan budak2 nak mandi. Afrina mula2 takut gak masa aku letak dia dalam air. Aku duk sekali ngan dia, last2 dia yang beriya2 main air. Okla dah berani sikit. Siap tepuk2 air lagi, pastu buka mulut nak minum. Ingat air masak ke? At least seronok dia dia enjoyyy

Bercuti...

Time ni aku dan isteri aku bercuti ngan familinya di Langkawi. Aku bawa adik2 aku sekali sebab masa ni mak bapak aku pegi haji. Memang seronok pegi bercuti ramai2. Meriah sikit...

Anakku

Ini gambar anak aku. Namanya Nur Afrina Syaafiyah. Dilahirkan pada 6/3/2009 di Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 3.34 pagi. (Awal pagi dia kuar, ngantuk tul tunggu afrina ni lahir tapi alhamdulillah semuanya selamat). Sekarang ni dah berumur 2 tahun setengah. Kejap je dah besar ye..


Yang ni pula anak aku yang kedua. Namanya Muhammad Syafi Adam. Budak Tahun Baru Lahir pada 01/01/2011 jam 12.02am. Sebab anak aku no.2 ni dapatla aku dan bini aku masuk RTM. Glemer jap... he3. Alhamdulillah dapat sepasang akhirnya...:)






Bukit Tinggi


Time ni aku ada meeting Jabatan kat Bukit Tinggi ganti bos aku. Alang2 dapat pegi Bukit Tinggi, aku bawa isteri aku sekali. Saja jalan2. Tempatnya menarik ala2 luar negara katakan. Cam pi honeymoon plak. He3

Pengenalan

Ini adalah blog pertama aku. Di dalam ini akan aku simpankan semua maklumat berkenaan dengan diriku, keluargaku, perkerjaanku dan juga pengajianku. Selamat melayari blog aku ini....